Berita Utama |
| Bila hospital baru Kemaman akan dibina Posted: 18 May 2013 08:27 PM PDT KEMAMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Hanafiah Mat (gambar) meminta kerajaan menjelaskan kedudukan Hospital Kemaman yang dilaporkan mahu dibina baru bagi menggantikan hospital sedia ada di Jalan Da' Omar, di sini. Menurutnya, hospital tersebut yang mula dibina pada tahun 1946 walau pun dipertingkatkan kemudahannya dengan bangunan baru pada tahun 1998, masih belum menampung jumlah penduduk daerah ini. Katanya, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sudah berjanji akan pembinaan hospital baru dimulakan pada akhir tahun 2012, namun janji tersebut belum dilaksanakan. "Bekas Adun Chukai sudah berkali-kali minta dipercepatkan pembinaan hospital baru, sekarang saya selaku Adun Chukai menggesa ianya disegerakan memandangkan pertambahan penduduk dan keperluan semasa. "MB pada bulan Ogos tahun lalu kata Hospital Kemaman bernilai RM200 juta akan dibina akhir tahun itu apabila semua proses siap dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya, tapi sebatang tiang hospital baru pun tak nampak," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi para pesakit yang terlantar di wad Hospital Kemaman, kelmarin. Menurut Hanafiah lagi, kerajaan juga perlu memutuskan kedudukan hospital sedia ada kerana beliau dimaklumkan hospital baru yang akan dibina itu bukan dalam Dun Chukai, tetapi dalam kawasan Dun Kijal. Justeru itu, beliau meminta Kementerian Kesihatan mengekalkan hospital sedia ada walaupun hospital baru siap kelak. "Saya minta kementerian mengekalkan hospital ini, mungkin boleh dijadikan Hospital Chukai kalau hospital baru bagi daerah Kemaman siap kelak kerana ia akan jadi satu pembaziran sekiranya bangunan dan peralatan yang ada dilupuskan begitu sahaja," ujarnya. | ||
| Khairy tunjuk belang di hari pertama, terhangat Posted: 18 May 2013 03:38 PM PDT
KUALA LUMPUR: Para pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk "Khairy tunjuk belang di hari pertama jadi menteri" bagi minggu ke-19, 2013. Di tempat kedua ialah artikel bertajuk "Ahmad Said memalukan rakyat Terengganu lagi" tulisan Muhammad Hanif Ali, manakala tempat ketiga ialah berita bertajuk "Najib bertambah seksa selepas menang". Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 12 hingga 18 Mei 2013: PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman. |
| You are subscribed to email updates from Berita Utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Berita Utama
KUALA LUMPUR: Di pemilihan Umno akan datang, sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk tidak mengambil risiko untuk mencabar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan mempertahankan jawatannya, itu adalah penamat kareer politik buat beliau.









KUALA LUMPUR: Para pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk "




KAMI akui, isu Alam Sekitar telah merapatkan jurang di antara kaum dan agama sehingga merubah perspektif serong sesetengah komuniti bukan Islam terhadap Islam dan PAS.
KUALA LUMPUR: Tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.
KUALA LUMPUR: Abdul Wahid menafikan Kerajaan PAS yang memerintah Terengganu dari tahun 1999 sehingga 2004 tidak memberi peruntukan kepada Adun BN yang menjadi pembangkang ketika itu.
KUALA LUMPUR: Dalam artikelnya, Ahmad menekankan himpunan aman dan demonstrasi jalanan tidak wajar disalahgunakan, sebaliknya bantahan terhadap proses pilihan raya hendaklah dibuat menerusi petisyen pilihan raya.
KUALA LUMPUR: Adun Sungai Pinang dan Seri Kembangan, Teng Chang Khim dan Ean Yong Hian Wah sah menjadi dua Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada DAP, kata Lim Guan Eng.
KUALA LUMPUR: Ini amat mengecewakan kerana BN dalam kempen mereka melaungkan mahu menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus pembabitan wanita dalam proses membuat keputusan.
KUALA LUMPUR: Setelah menjadi menteri, Khairy Jamaludin membuat dua kenyataan penting. Pertama, pandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya pandangan peribadi, kedua beliau akan menjadi menteri untuk semua belia.
